Punca Sebenar Suspek Simbah Asid Polis Terjawab

simbah asid

Rasanya sudah ramai yang menonton video viral baru-baru ini mengenai seorang polis disimbah air di depan rumahnya. Dalam kejadian itu, seorang lelaki bermotosikal dan bertopeng cuba "berlakon" konon-konon untuk menghantar satu hamper sebelum secara tiba-tiba menyimbah sejenis cecair yang dipercayai asid.

Sejurus selepas disimbah asid, anggota polis yang menjadi mangsa itu cuba mengejar suspek tetapi tidak berjaya kerana suspek dengan lajunya meloloskan diri bersama motosikal.

Kejadian ini yang pasti buat ramai yang tertanya-tanya apakah punca suspek itu melakukan perkara terkutuk itu terhadap anggota polis tersebut. Terbaru, punca sebenar suspek simbah asid kepada polis akhirnya terjawab.

Suspek yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu dipercayai berdendam dengan anggota polis berkenaan yang didakwa membocorkan rahsia mengenai statusnya yang sudah berkeluarga kepada keluarga teman wanita suspek.

Sehingga kini, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali telah memaklumkan yang 2 orang suspek berusia 40 dan 41 tahun telah berjaya ditangkap.

Suspek utama telah berjaya ditahan di hadapan sebuah restoran Chukai, Kemaman. Manakala seorang lagi suspek yang dipercayai pemilik motosikal terbabit turut ditahan di sebuah rumah di Kampung Bahagia.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sebuah motosikal dan beberapa barang yang mempunyai kaitan kes ini dirampas untuk membantu siasatan.

Anggota polis itu sedang dirawat dihospital kerana melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri, pipi kanan, leher dan dahi akibat terkena simbahan asid. Bagaimanapun keadaan mangsa kini stabil dan kes dirujuk ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian sama-samalah berdoa supaya Sarjan yang menjadi mangsa simbah asid ini cepat sembuh dan boleh bertugas seperti biasa. Amin...
Dikuasakan oleh Blogger.