Tolong Dengar Elok-Elok, Saya Bukan Pengkhianat Negara. Muhyiddin Yassin Mula Bersuara Selepas Jadi PM.

” Setelah melalui kemeIut poIitik yang melanda negara kita sejak seminggu yang lalu, saya tahu saudara-saudari tentunya mahu negara kita kembali berada di landasan yang betul.
Itu kata-kata Muhyiddin Yassin yang menjelaskan beliau tidak mengidam jawatan perdana menteri sebaliknya hanya mahu menyelamatkan keadaan ekoran krisis poIitik yang melanda negara.

Menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen, Muhyiddin berkata beliau sedar pelantikan berkenaan bukan melalui pilihan raya, sebaliknya daripada sokongan majoriti Dewan Rakyat.
” Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia.
” Saudara-saudari pastinya tidak mahu negara kita diheret ke dalam kemelut poIitik yang lebih besar,” kata presiden Bersatu itu.
Tambah Muhyiddin, beliau tidak berniat untuk menimbulkan knfrontasi dengan sesiapa.
” Saya cuma ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku supaya keikhlasan saya tidak dipersoalkan.
” Saya tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri.
” Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” kata anggota parlimen Pagoh itu.
Sementara itu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut berikrar menjadikan isu kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan pendidikan rakyat antara keutamaan beliau sebagai ketua kerajaan.
” Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian, membeli buku dan keperluan sekolah untuk anak-anak, membayar bil air, eletrik dan sewa rumah, membayar pinjaman kereta dan kediaman, serta lain-lain keperluan untuk menyara kehidupan sekeluarga.
” Saya juga tahu bahawa antara perkhidmatan yang paling diperlukan oleh saudara dan saudari ialah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan.
” Ini juga akan menjadi keutamaan saya,” katanya dalam perutusan khas yang disampaikan secara langsung di kaca televisyen malam ini.
Baliau yang baru dilantik menjadi perdana menteri 2 hari lalu juga akan memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan menggunakan pengalaman selama enam tahun sebagai Menteri Pelajaran untuk memastikan tahap pendidikan negara setanding negara maju.
Selain itu, Muhyiddin turut berjanji untuk memilih barisan anggota kabinet yang bersih dari sebarang isu rasu4h.
” Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhiianat. Dengarlah baik-baik. Saya bukanlah pengkhiianat.
” Naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut.
” Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Muhyiddin yang pernah mencetuskan kntroversi apabila mengatakan dirinya “Melayu dahulu” pada tahun 2010, berkata beliau adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia.
” Saya adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
” Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara.
” Sama ada saudara adalah petani, saudara nelayan, saudara peniaga, saudara penjawat awam, saudara pekerja swasta, saya adalah perdana menteri saudara,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : malaysiakini
Dikuasakan oleh Blogger.