Hasrat Tak Kesampaian, Murid M@ut Hari Pertama Persekolahan



Seorang murid perempuan tahun tiga Sekolah Kebangsaan Parit Melana m@ut manakala bapanya cederA selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah lori dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Panchor, Durian Tunggal.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana, Nur Aqilah Husna Amirul Husaini, 9, men!nggal dunia di tempat kejadian akibat terperosok di bawah lori lima tan selepas motosikal ditunggang bapanya, Amirul Husaini Muhammad, 33, d!langgar lori berkenaan.

HASRAT murid tahun tiga untuk bertemu guru dan rakan selepas hampir empat bulan tidak bersekolah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak kesampaian apabila mAngsa mAut dalam kemAlangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, Proton Wira dipandu lelaki berusia 28 tahun dan Toyota Alphard dipandu guru lelaki berusia 47 tahun turut terbabit dalam kejadian 7.20 pagi itu.

Beliau berkata, ketika kejadian, mAngsa dan bapanya dalam perjalanan dari Kampung Beringin, Alor Gajah ke sekolah.

"Ketika kejadian, pemandu Proton Wira yang dalam perjalanan dari arah Kampung Pantai Belimbing ke Kampung Melaka Pindah dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum berlangg4r dengan Toyota Alphard dan lori berkenaan.

"Pemandu lori dipercayai mencuba mengelak tetapi terlAnggar motosikal ditunggang bapa mAngsa di sebelahnya," katanya di Alor Gajah, hari ini.

Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa terperosok di bawah lori dan mAngsa men!nggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya cedera di kaki.

Pemandu Proton Wira cedera di kepala manakala pemandu lori dan Toyota Alphard tidak cederA, katanya.

JenAzah Nur Aqilah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala bapanya dan pemandu Proton Wira dirawat di hospital yang sama.

Katanya, kemAlangan berlaku di jalan satu lorong dua hala dan cuaca ketika kejadian baik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dikuasakan oleh Blogger.