Terjawab! Bagaimana Ultraman Boleh Turun Ke Bumi



Sebut sahaja watak Ultraman sudah pasti ramai yang mengenali adiwira tersebut. Ramai yang membesar dengan Ultraman, dari zaman kanak-kanak lagi menonton siri Ultraman, sebelum siri Ultraman bersiaran sudah terpacak depan TV. Walau bagaimanapun masih ramai yang belum mengenali Ultraman lebih dekat lagi.

Untuk pengetahuan semua Ultraman adiwira yang berasal dari sistem gugusan bintang Nebula M78.

Ketika sedang mengejar raksasa angkasa bernama Bemular, dia secara tidak sengaja sampai ke Bumi dan bertembung dengan Shin Hayata, pegawai SSSP (sebuah pasukan khas hal ehwal angkasa di Bumi) yang sedang bertugas membuat rondaan. Pertembungan itu menyebabkan Hayata mati di tempat kejadian.

Ultraman rasa bersalah jadi punca, maka dia bersatu badan untuk memberi nyawa kepada Hayata dan bersamanya disertakannya Beta Capsule. Beta Capsule ini tempat di mana semangat Ultraman berada, kira macam jin dalam lampu ajaib lah.


Sejak itu, setiap kali ada raksasa dari angkasa datang membuat onar di Bumi, maka Ultraman akan diseru keluar daripada Beta Capsule oleh Hayata untuk membantu kerja rakan-rakan seperjuangannya di SSSP memusnahkan kuasa jahat yang mengancam keamanan Bumi.

Ultrama adalah yang pertma daripada kaumnya yang menjejakkan kaki ke Bumi, sebelum beberapa yang lain menyusul. Mereka ini membentuk sebuah kumpulan pembanteras kuasa jahat alam semesta yang digelar 'Ultra Brothers'.

Antara ahli terawalnya adalah Zoffy, Seven, Ace, Jack dan Ultraman sendiri. Kemudian mereka disertai Taro, diikuti Leo, Astra, 80 dan tambahan daripada generasi baharu, Mebius dan Hikari.


Setiapa kali menonton Ultraman, kita sudah tahu jalan ceritanya. Lawan-lawan, letih, lampu di dada menyala, baru tembak. Kenapa lampu itu menyala selepas beberapa ketika bertarung?

Lampu di dada Ultraman itu namanya Color Timer, indikator nyawanya yang dijana dengan tenaga solar. Bagaimanapun, lapisan atmosfera Bumi telah menapis cahaya solar untuk terus menjana tenaga Ultraman ketika bertarung.

Maka Ultraman mempunyai masa yang terhad, iaitu tiga minit dan kadang-kadang lebih, untuk memusnahkan raksasa yang dihadapinya.

Watak pahlawan angkasa bermata lonjong bercahaya, berbadan kelabu dan merah ini dicipta oleh Eiji Tsuburaya dan memulakan siri televisyennya pada tahun 1966. Sehingga kini masih ada siri TVnya yang masih memukau para penonton dari kalangan kanak-kanak hingga ke golongan dewasa.

Dikuasakan oleh Blogger.