Memang Power, Kuasa Setiap Raja-Raja Melayu Dalam ATM

 


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pihak bertanggungjawab terhadap pertahanan negara Malaysia dan ianya meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu menggalas jawatan sebagai Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen ataupun Kor ATM.

Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasuk TLDM dan TUDM.

Untuk TLDM ianya dikenali sebagai Kepten Yang Dipertua. Kor/Rejimen yang belum menerima panji panji diraja tetapi mempunyai Kolonel Yang Dipertua ialah Rejimen Gerakhas Malaysia tetapi ianya dikenali sebagai Kolonel Komandan.

1. SULTAN KEDAH:

KDYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Perkhidmatan Diraja

2. SULTAN PAHANG:

KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

– Kolonel Yang Dipertua TUDM

3. SULTAN PERAK:

KDYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Jurutera Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja

4. SULTAN TERENGGANU:

KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

– Kolonel Yang Dipertua Kor Armor Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Ordnans Diraja

5. RAJA PERLIS:

KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja

6. SULTAN SELANGOR:

KDYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

– Kepten Yang Dipertua TLDM

7. YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN:

KDYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja

8. SULTAN KELANTAN:

KDYMM Sultan Muhammad Faris Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Risik Diraja

9. SULTAN JOHOR:

KDYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj

– Kolonel Rejimen Grup Gerak Khas

Ini menandakan Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa penuh ke atas setiap unit di dalam ATM sekiranya terjadi apa-apa.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.