'Mummy Daddy Akan Terus Kuat Demi Adik' - Ibu Rayu Doa Semua

 


Tak dapat kami bayangkan perasaan seorang ibu apabila anaknya dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Walaupun di luar dilihat sempurna, namun doktor mengesahkan kes anaknya adalah sangat istimewa dimana dia dilahirkan tanpa pundi kencing, rahim dan kemaluan.

Lebih menyedihkan apabila buat pinggang bayi ini juga tidak normal seperti bayi lain. Semoga dipermudahkan urusan ibu ini hadapi dugaan besar dari Allah ini.

Bismillahirrahmanirrahim. Taktau nak mula macam mana sebab saya bukanlah penulis yang baik tapi saya nak anda semua tahu tujuan utama saya menulis ni bukan untuk meraih simpati. Saya nak mintak tolong semua orang doakan urusan pembedahan anak saya 23.08.2020 dipermudahkan. Since dia lahir dulu terlalu ramai doakan yang baik-baik untuk dia walaupon tak tau dia sakit apa. Terlalu ramai yang bagi dia hadiah/duit walaupon mummy tak pernah mintak. Thank you so much.

Anggun Inara binti Ahmad Ridzuan. Anak yang sangat special yang terpilih untuk segala dugaan ini. Dia nampak normal secara luaran kerana ketidaksempurnaan dia terselindung. “Masalah anggun ni sangat complex. Saya tak pernah jumpa case macam ni” ayat yang sama kami akan dengar dari mana2 doktor baik dari HO / MO / Specialist. Anggun dilahirkan dengan kemaluan yang tidak normal. Bahagian depan dia kosong/plain/takde apa apa bukan seperti kanak kanak perempuan yang lain. Senang cerita macam doll tu laa kan kosong je kan? Hehe. Habis macam mana anggun kencing?

Anggun ada 1 lubang kat belakang yang Allah SWT jadikan lubang kencing dia. Ada juga 1 lagi lubang dipanggil sacral dimple iaitu lubang pada tulang belakang. Lubang najis? Tak ada. Selepas 32jam anggun dilahirkan, dia menjalani 1 operation untuk buat colostomy ataupon stoma. Usus dia dikeluarkan di tepi perot untuk bagi dia berak. Kesian anak mummy masa tu dah keras perot dia sebab tu doc cepatkan operation. Anggun dah jalani macam2 procedure untuk tengok organ dalaman dia. Fluroscopy, DTPA, CT SCAN, MRI. Tapi doc cakap tak dapat gambaran yang betul-betul jelas tentang organ dalaman anggun. Tapi yang pastinya buah pinggang anggun memang tak normal.

Waktu dilahirkan memang 1 buah pinggang bengkak dan 1 lagi tak berada di “lokasi” yang sepatutnya. Fungsi? Tidak normal. Doctor cakap mungkin anggun juga takde pundi kencing/ rahim dan vagina. Hanya Allah yang tahu perasaan mummy daddy waktu tau ni semua tapi siapalah kami untuk mempersoalkan kejadianNYA. Kuat kuat kuat dan teros kuat. Tapi apa apa pon akan dapat tahu pada operation dia nanti. Jadi operation ni untuk apa? Disebabkan anggun hanya ada 1 saluran laluan yang berkongsi untuk kencing dan berak, doctor akan cuba pisahkan. Lubang kat belakang tu akan cuba dipindahkan dan akan buat 1 lubang najis. Semua ni bukan untuk kesempurnaan di mata kami. Tapi demi kesihatan anggun.

Disebabkan berkongsi saluran tu la anggun dah 8 kali kena UTI & Urosepsis (jangkitan kuman pada kencing). Jadi operation ni adalah usaha supaya anggun dah tak kena jangkitan kuman lagi. Bila kena jangkitan kuman, fungsi buah pinggang anggun akan semakin terjejas. Latest bacaan urea adalah 10.6 dan creatinine 103. Sangat tinggi untuk baby 1tahun 5bulan. Ini lah sedikit cerita tentang anggun. Mummy nak cerita panjang sangat takot org bosan dah. Terlalu complicated masalah anggun. Sampaikan doc cakap the whole day 23/08/2020 tu nanti memang booking untuk operation anggun je.

Mummy dah tak senang duduk fikir berapa lama la anggun kena operate nanti. Tapi mummy tau anak mummy sangat kuat. Dah macam2 adik go through sepanjang 1y5m ni dan mummy daddy janji akan teros kuat demi adik. Semoga dengan perkongsian ni mummy dapat minta tolong dari semua orang untuk doakan semua urusan adik start dari sebelom – semasa – selepas operation dipermudahkan. Semoga berjalan lancar dan adik cepat2 kuat untuk recover selepas operation. Terima kasih yang sudi membaca dan mendoakan Anggun Inara. Semoga Allah kurniakan rezeki dan pahala yang melimpah ruah untuk anda semua.

Dikuasakan oleh Blogger.