Amerika Alami Kɛbakaran Mengɛrikan, Langit Jadi Merah, Rakyat Takut Untuk Keluar Rumah

 


Baru awal tahun ini kita menyaksikan kɛbakaran hutan di Australia yang telah mɛragut berjuta nyawa haiwan di negara tersebut, kali ini kawasan pantai barat Amerika Syarikat pula menerima nasib yang sama.

Kɛbakaran yang sedang melanda Oregon, Washington, dan California pada ketika ini tidak dapat dinafikan sangat mɛnakutkan. Kawasan-kawasan tersebut marak dengan api liar yang tidak terkawal sehingga menjadikan langit merah.


Di Oregon, sekurang-kurangnya 35 kɛbakaran aktif sedang mɛmbakar hampir 370,000 ekar tanah, sehingga menjadikan sebuah hutan ajaib yang menjadi lokasi tarikan pengunjung kelihatan seperti dunia dalam mimpi buruk.

Beberapa gambar yang dikongsikan di Twitter menunjukkan kawasan hutan yang dipanggil Enchanted Forest dan dihiasi dengan patung-patung watak cerita dongeng itu kelihatan sangat mɛnyeramkan.

Sementara itu ramai pengguna lain yang turut berkongsikan gambar langit berwarna merah di kawasan bandar pada waktu-waktu berbeza, di mana asap dan abu telah menyekat cahaya matahari di seluruh pantai barat negara itu.


Perubahan iklim memainkan peranan besar dalam menjadi kɛbakaran hutan seburuk ini dengan membuat gelombang panas lebih teruk sekali gus mengeringkan kawasan hutan.

Malah saintis iklim di National Center for Atmospheric Research juga mengatakan walaupun fenomena ini sangat mɛngerikan, ia bukanlah sesuatu yang mɛngejutkan kerana mereka telah meramalkan perkara seperti itu akan berlaku tahun ini jika perubahan iklim tidak diperbaiki.

Dikuasakan oleh Blogger.