Berita Baik Untuk Golongan B40 Dan M40, Ini Tarikh Mohon Bantuan Prihatin Nasional! Jangan Terlepas!

 


Bagi individu yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) anda boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020.

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar
borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika membuat permohonan.

“Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan agihan BPN yang dikenali sebagai BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

Tengku Zafrul berkata, penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

Dikuasakan oleh Blogger.