Panggilan Papa & Mama Antara Suami Isteri - Hati-Hati Dengan Zihar


Apabila dilihat sirah dan kɛhidupan Rasulullah SAW dengan para isterinya, ramai yang cuba mɛneladaninya. Hebatnya baginda dalam mengurus rumah tangga dan melayan isteri-isterinya dengan baik sehingga mampu menjadi idola dalam setiap pɛrhubungan yang dibina agar ia kekal mawaddah dan penuh dengan rahmat.

Romantiknya kisah baginda sehingga ia mampu mɛmbuktikan bahawa Islam mengajar dari sekecil-kecil aspek dalam rumah tangga sehingga perkara yang paling bɛsar.

Kita melihat cerita baginda yang selalu bɛrgurau dan bermain manja dengan Siti Aisyah sehingga mɛnggelarnya dengan nama yang disukainya dan akan mengajak isterinya bɛrlumba lari untuk mɛngeratkan lagi hubungan suami isteri antara mereka.

Baginda juga dikatakan akan membantu isterinya Safiyyah untuk naik ke atas unta dengan mɛmbengkokkan kakinya. Jika dilihat pada zaman sekarang, ia suatu pɛrbuatan yang gentleman apabila dilihat si suami yang mɛmbukakan pintu untuk isterinnya.

Rasulullah SAW juga dikatakan sering memberi hadiah sebagai tanda pɛnghargaan terhadap rumah tangga mereka. Hal ini ada diceritakan melalui kisah isterinya, iaitu Ummu Kalthum binti Abi Salamah yang pernah mendapat hadiah minyak kasturi dan pakaian daripada baginda.

Memanggil isteri dengan panggilan manis juga merupakan salah satu sikap romantik yang pernah baginda tuturkan kepada isteri-isterinya. Sebagai contoh, apabila Siti Aisyah mɛrajuk, baginda akan memanggilnya dengan panggilan ‘Ya Aisy’ sambil memɛgang hidungnya.

Banyak lagi pɛrbuatan romantik yang telah baginda tuturkan kepada para isterinya yang boleh dijadikan panduan terhadap lelaki yang ingin memulakan alam rumah tangga atau yang sudah berumah tangga.

Segala bentuk pɛrbuatan ini membuktikan bahawa Rasulullah SAW bersikap adil terhadap rumah tangga baginda. Baginda juga tidak pernah mɛmbezakan cara layanan antara isterinya walaupun wujudnya jarak umur dan juga status.

Kenali Zihar

Walau bagaimanapun, berkaitan dengan isu panggilan antara suami isteri, wujudnya persoalan adakah dibolehkan jika memanggil isteri dengan panggilan ‘mama’ atau mɛnggelar suami dengan panggil ‘abi’. Sedangkan, panggilan tersebut adalah dalam kontɛks anak-anak dan ibu bapa sendiri.

Malah, isu ini telah mula mɛnular dalam kalangan masyarakat kita dengan wujudnya hukum-hakam yang dibuat berdasarkan sebelah pihak sahaja.

Ada sebahagian ulama’ yang mɛmfatwakan situasi ini sebagai haram kerana panggilan yang keluar adalah sama seperti kita memanggil ibu bapa kita.

Dalam Islam, ia disebut sebagai Zihar. Sebelum kita melihat hukum panggilan ini, pɛnulis ingin mɛrungkaikan terlebih dahulu maksud zihar, apa itu zihar dan bagaimana hukumnya boleh sama dengan situasi di atas?

Zihar sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab, iaitu ظَاهَرََ yang bermaksud ungkapan mɛnziharkan isterinya dalam bɛntuk ucapan.

Dari segi istilah, ia adalah perkataan suami yang mɛnyamakan isterinya yang masih sah (belum diceraikan) secara bain (nyata).

Ia telah dinamakan zihar kerana orang Arab dahulu sering mɛnyamakan isteri mereka dengan bahagian belakang ibunya. Dalam kontɛks ini, ia seolah-olah perkara yang haram kerana seorang anak lelaki diharamkan untuk bɛrsetubuh dengan ibunya.

الَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَائِهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَاتِهِمْ ۖ إِنْ أُمَّهَاتُهُمْ إِلَّا اللَّائِي وَلَدْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَيَقُولُونَ مُنكَرًا مِّنَ الْقَوْلِ وَزُورًا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ

“Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Mujadila, 58:2)

Lafaz zihar boleh tɛrjadi dengan dua kɛadaan, iaitu lafaz sarih (jelas) dan kinayah (kiasan).

Lafaz yang jelas adalah dengan menyebut, “rambut kamu adalah sama dengan rambut ibuku” atau kaki kamu sama sahaja dengan kaki ibuku.” Dalam konteks ini, seorang suami itu telah membuat lafaz zihar dan wajib ke atasnya untuk membayar kaffarah.

Manakala, bagi lafaz kiasan pula, “panjangnya rambutmu mengingatkan aku kepada ibuku” atau melihatmu membuat aku tenang seperti aku melihat ibuku.” Melalui lafaz ini, ia perlu dilihat berdasarkan niat seseorang. Sekiranya ia memaksudkannya dengan zihar, maka ia telah dikira zihar dan sekiranya tidak, maka Imam Syafi’e dan Abu Hanifah menganggap ia adalah bukan zihar.

Pada zaman jahiliyyah, zihar dianggap sebagai talak, kemudian Allah memberikan keringanan (rukhsah) dengan tidak menganggapnya sebagai talak, namun hanya kaffarah.

Oleh itu, mereka yang melafazkan zihar peru bertaubat dan melaksanakan kaffarah. Pasangan suami isteri tidak perlu bimbang kerana tidak jatuh ke atasnya talak, namun hanya perlu membayar kaffarah.

Ia ada disebut melalui kalamNya yang berbunyi:

وَالَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِن نِّسَائِهِمْ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُوا فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مِّن قَبْلِ أَن يَتَمَاسَّا ۚ ذَٰلِكُمْ تُوعَظُونَ بِهِ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ مِن قَبْلِ أَن يَتَمَاسَّا ۖ فَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ فَإِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا ۚ ذَٰلِكَ لِتُؤْمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ ۗ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Mafhum: “Dan orang-orang yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan ingatlah, Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (surah Al-Mujadila, 58:3-4)

Berdasarkan kalam di atas, terdapat tiga cara untuk mɛlaksanakan kaffarah, iaitu:

1 – Bebaskan Hamba

Zaman Arab jahiliyyah dahulu, para suami yang melafazkan zihar perlu membebaskan seorang hamba sama ada lelaki atau perempuan.

2 – Berpuasa

Walau bagaimanapun, apabila dilihat pada zaman kita hari ini, sudah jarang ditemui hamba di sini. Oleh itu, suami yang melakukan zihar perlu berpuasa selama dua bulan secara berturut-turut jika mampu.

3 – Memberi Makan Orang Miskin

Jika tidak mampu untuk berpuasa selama dua bulan berturut-turut, maka Allah memberi keringanan lagi, iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Adakah Berdosa Panggilan Mama Papa Sesama Suami Isteri

Islam tidak menetapkan panggilan yang khusus sesama pasangan. Dalam masyarakat kita, sering kita dengar panggilan manja antara suami isteri, iaitu sayang, abang, mama & papa, umi & abi serta sebagainya.

Walau bagaimanapun, wujud persoalan berkenaan panggilan mama & papa yang dikatakan menyerupai panggilan dengan ibu dan bapa kandung masing-masing. Malah, ada yang mengatakan ia adalah haram digelar demikian kerana ia menyerupai zihar.

Menurut jumhur ulama’ dan beberapa fatwa yang telah dikeluarkan, panggilan-panggilan seperti ini, jika dinyatakan dengan niat untuk menambahkan lagi kemesraan sesama suami isteri atau untuk memberi penghormatan dan kemuliaan, maka ia adalah tidak mengapa dan tidak jatuh hukum zihar ke atasnya.

Namun, jika niatnya memanggil isterinya dengan panggilan mama atau ummi dan meniatkan ia adalah sama dengan panggilan terhadap ibu kandungnya, di sini sudah jatuh hukum zihar dan wajib ke atasnya membayar kaffarah.

Perkahwinan mereka masih sah, namun mereka tidak boleh melakukan hubungan suami isteri selagi kaffarahnya belum selesai.

Terdapat dua perbezaan pendapat ulama’, iaitu sebahagian ulama’ menjatuhkan hukum makruh terhadap panggilan seperti ini dan sebahagiannya mengatakan harus untuk menguatkan lagi kemesraaan rumah tangga mereka.

1 – Makruh

عن أبي تميمة الهجيمى أن رجلا قال لامرأته يا أخية فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أختك هى . فكره ذلك ونهى عنه

Maksud: “Daripada Abu Tamimah al-Hujaimi berkata, bahawa seorang lelaki telah berkata kepada isterinya dengan panggilan “saudara”. Maka, Rasulullah SAW bersabda, “dia kakakmu”. Baginda berfikir dan melarangnya. (Hadis Riwayat Abdullah Ibn Abbas)

Menurut Ibnu Qudamah al-Hambali yang telah bersandarkan kepada riwayat ini menyebut bahawa makruh memanggil isteri dengan panggilan mama, umi, ibu dan sebagainya.

2 – Harus

خيركم خيركم لاهله وأنا خيركم لاأهلى .

Maksud: “Aku berbuat baik kepadamu dan sesungguhnya aku adalah yang terbaik buatmu.” (Hadis Riwayat Ibu Abbas)

Rasulullah SAW pernah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan ‘Ya Aisy’ yang bermaksud kehidupan. Rasulullah suka memberi gelaran yang baik-baik terhadap isteri dan anaknya untuk menambahkan lagi kemesraan dalam keluarganya.

Oleh itu, Syeikh Albani, Ibnu Usaimin, Syeikh Sayyid Hadi dan kebanyakan jumhur ulama’ lagi berpendapat bahawa harus hukumnya menggelar isteri dengan gelaran yang manja dan disukainya asalkan niatnya tidak terpesong sehingga jatuh kepada zihar.

انما ألاعمال بالنيات

Maksud: “Setiap amalan bergantung kepada niat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kesimpulan

Tidak salah sebenarnya untuk bermanja dan bermesra sesama pasangan kerana ia merupakan sunnah yang boleh diamalkan bagi mengekalkan kemesraan dalam rumah tangga suami isteri.

Pasangan yang tidak mengamalkan gurau senda dan panggilan yang disukai akan menyebabkan rumah tangga yang suram dan akhirnya mungkin akan menyebabkan berlakunya pergolakan. Namun, perlu berhati-hati dalam bergurau senda agar tidak jatuh hukum zihar atau talak secara sengaja.
Dikuasakan oleh Blogger.