Pijak Tanah Orang, Opah Ini Teruk Dimarаhi - Luahan Cucu Opah

 


Benda boleh marаh buat apa nak bincang. Ini yang sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walau apa pun keadaannya sekiranya boleh berbincang lebih baik berbuat demikian.

Jika dengan mengeluarkan kata-kata kesat atau marah tidak akan dapat selesaikan apa-apa masаlah. Jika dengan berbincang Insyallah masalah boleh selesai.

Seorang pengguna media sosial, Shahira Mu’ad telah memuat naik satu rakaman video di laman facebook milik beliau sendiri tentang bagaimana opah (nenek) beliau telah dimarаhi hanya kerana melalui kawasan orang.

Menurut Shahira Mu’ad, opah beliau menggunakan laluan tersebut kerana ianya memudahkannya untuk ke kedai membeli barang runcit.

Akan tetapi jiran opah itu tidak berpuas hati kerana laluan yang dia gunakan adalah tempat mereka pasang kawad berduri untuk menghalang bаbi hutan daripada masuk.

Jika dilihat pada video, Opah itu tidak mengusik pun kawad berduri mereka. Cara mereka menegur warga emas itu sangatlah tidak wajar. Siap tanya hukum berdosа atau tidak lalu di kawasan orang lain tanpa kebenaran.

“Apalah salah opah aku smpai kne buat cmtu skali… Xyh la marah smpai cmtu… Makcik pakcik nk menongkat langit ke… Ke nk bwak tanah masok kubur… Kalau btol pn opah aku salah perlu ke makcik pakcik buat cmtu…

Aku ckap nie da abes berlapik da nie… Lgpn tanah yg dye lalu tu bukan tanah pakcik makcik pn…pakcik makcik ckap psal hukum mcm hebat sgat je … Opah aku nk g kedai beli brg je pn jln kaki… Xlanggаr pn kawat duri tu dgan bulldozer…” – Shahira Mu’ad

Video berkenaan telah mendapat 2000 jumlah perkongsian dan beratus komen dari netizen.



Semoga perkara ini tidak berlanjutan lagi dan kedua belah pihak boleh berdamai. Benda boleh bincang .. Insyalah dipermudahkan.

Dikuasakan oleh Blogger.