Cantik Jelita Macam Ibu , Anak Erra Fazira Raih Pujian Ramai. Kejelitaan Yang Diwarisi

“Like Mother, Like Daughter” Cantik Jelita Macam Ibu, Anak Erra Fazira Raih Pujian Ramai!

Cantik seperti ibunya! Itulah yang boleh diperkatakan kepada Engku Aleesya iaitu satu-satunya anak tunggal pelakon terkenal, Erra Fazira. Anak Erra Fazira itu pada ketika ini sudahpun menginjak usia remaja.

Baru-baru ini ada satu video di Tiktok memaparkan wajah terkini anak kesayangan Erra Fazira itu yang cantik dan tersenyum malu apabila dirakam wajahnya.
Dan apa yang lebih mencuri tumpuan, Aleesya yang kini berusia 14 tahun itu tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya dan mempamerkan kejelitaan semula jadi seperti ibunya.

Tampil ringkas dengan hanya berseluar denim dan berbayju putih, gaya Aleesya menyerlahkan lagi keremajaannya. Ringkas tetapi cantik.
Rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki Aleesya diwarisi dari kecantikan asli ibunya yang menjadi idaman ramai suatu ketika dahulu.

Mana tidaknya, ibunya Erra Fazira itu dahulu merupakan seorang peserta yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan dinobatkan sebagai pemenang pada tahun itu. Jadi, tidak hairanlah kecantikan dan kejelitaan anak gadis Erra Fazira ini diwarisi dari ibunya sendiri.

Dikuasakan oleh Blogger.