Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Wakaf Tapai

 


Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Wakaf Tapai

IKBN Wakaf Tapai merupakan di antara salah satu institut latihan berteraskan kemahiran di bawah Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS). ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan juga Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

ILKBS menawarkan pelbagai bidang kursus kemahiran kepada belia di negara ini. Bagi belia yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke IKBN, IKTBN atau AKBG anda boleh membuat rujukkan di ILKBS, berikut adalah senarai penuh IKBN, IKTBN dan AKBG serta kursus yang ditawarkan di seluruh negara.

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di IKBN Wakaf Tapai.

Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa - PW2)

Mekanikal
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan)

Awam
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pemasangan Paip)

Tekstil & Fesyen Dan Pakaian
Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen dan Pakaian (Jahitan Pakaian Lelaki)

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.