Resepi Kuih Cek Mek Molek Paling Mudah dan Sedap
Resepi Kuih Cek Mek Molek Paling Mudah dan Sedap
Kuih Cek Mek Molek adalah antara resepi tradisional Kelantan yang sangat popular di Malaysia. Kuih ini berbentuk bujur, berwarna keemasan selepas digoreng, dan mempunyai inti gula yang cair serta manis. Sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga.
Dalam artikel ini, saya kongsikan cara buat kuih cek mek molek step by step yang mudah difahami, lengkap dengan bahan dan tips supaya kuih tidak pecah ketika digoreng.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Cek Mek Molek
- 500g ubi keledek (kuning lebih sedap)
- 3 sudu besar tepung gandum
- Gula pasir secukupnya (untuk inti)
- Sedikt garam
- Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-Cara Membuat Kuih Cek Mek Molek
- Kupas ubi keledek, rebus sehingga empuk, kemudian lenyekkan sehingga halus.
- Masukkan sedikit garam dan tepung gandum. Uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan.
- Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat, leperkan, dan letakkan sedikit gula pasir di tengah.
- Tutup balik adunan dan bentukkan bujur (seperti bentuk cek mek).
- Panaskan minyak, goreng kuih hingga keemasan dengan api sederhana.
- Angkat dan toskan minyak.
Tips Kuih Cek Mek Molek Menjadi Elok
- Pastikan keledek ditoskan betul-betul selepas direbus supaya doh tidak terlalu lembik.
- Jangan letak gula terlalu banyak, cukup sekadar inti cair apabila digigit.
- Gunakan api sederhana semasa menggoreng untuk elak kuih pecah.
Kenapa Kuih Ini Popular?
Kuih Cek Mek Molek bukan sahaja terkenal di Kelantan dan Terengganu, malah menjadi kegemaran seluruh Malaysia. Kuih ini digermari kerana rasanya yang manis, rangup di luar dan lembut di dalam.
Jika anda peminat kuih tradisional, resepi ini wajib dicuba kerana sangat ringkas tetapi tetap mengekalkan keaslian rasa warisan orang dulu-dulu.
Itulah resepi kuih cek mek molek paling mudah dan sedap yang boleh anda cuba di rumah. Resepi ini sesuai untuk pemula kerana bahan-bahannya ringkas dan memasaknya tidak rumit.
Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan rakan-rakan, dan selamat mencuba!

Post a Comment