Kursus yang Ditawarkan di IKTBN Dusun Tua
Kursus yang Ditawarkan di IKTBN Dusun Tua
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua yang terletak di Hulu Langat, Selangor merupakan salah satu institusi latihan kemahiran tinggi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). IKTBN ini menyediakan pelbagai program latihan teknikal dan vokasional kepada belia yang ingin membina kemahiran profesional serta meningkatkan peluang kerjaya dalam industri.
IKTBN Dusun Tua menawarkan kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti bengkel praktikal berteknologi tinggi, makmal komputer, bilik kuliah, asrama pelajar dan kemudahan rekreasi. Pendekatan latihan berasaskan amali membolehkan pelajar menguasai kemahiran sebenar yang diperlukan dalam pasaran kerja. Tenaga pengajar berpengalaman juga memastikan pelajar mendapat pendedahan menyeluruh terhadap aplikasi praktikal kemahiran teknikal.
Antara kursus yang ditawarkan di IKTBN Dusun Tua ialah Teknologi Automotif, Elektrik dan Mekanikal. Semua kursus diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan direka mengikut standard industri semasa. Pelajar juga diberi peluang menjalani latihan industri untuk menambah pengalaman praktikal sebelum tamat pengajian.
Senarai Kursus ysng Ditawarkan di IKTBN Dusun Tua
Automotif
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Vehicle Painting)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta/EV)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
Elektrik
Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Fasa Tiga - PW4)
Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan & Penyaman Udara)
Mekanikal
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri)
Diploma Teknologi Mekanikal (Rekabentuk Produk Industri)
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh rujuk Senarai IKBN/IKTBN serta Kursus Ditawarkan.
Selain kemahiran teknikal, IKTBN Dusun Tua menekankan pembangunan sahsiah, kepimpinan dan keusahawanan pelajar. Melalui aktiviti kokurikulum, program kepimpinan dan bengkel keusahawanan, pelajar dibentuk menjadi individu berdikari, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Graduan IKTBN Dusun Tua berpeluang membina kerjaya dalam sektor kerajaan, swasta atau memulakan perniagaan sendiri. Dengan latihan berkualiti dan fasiliti moden, IKTBN Dusun Tua terus menjadi pilihan utama bagi belia yang ingin membina masa depan cerah melalui pendidikan kemahiran profesional.
Post a Comment