Kursus Yang Ditawarkan di IKBN & IKTBN Untuk Lepasan SPM


Kursus Yang Ditawakan di IKBN & IKTBN Untuk Lepasan SPM

Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan antara pilihan paling popular untuk lepasan SPM yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang kemahiran. Kedua-dua institut ini berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan menawarkan latihan teknikal secara praktikal bagi membantu belia membina masa depan yang lebih stabil.

Jika anda berminat dengan latihan hands-on, suasana pembelajaran yang lebih praktikal berbanding teori, serta peluang kerja yang luas, IKBN dan IKTBN adalah platform terbaik. Kursus-kursus di sini direka mengikut keperluan industri semasa supaya graduan mudah diterima majikan selepas tamat latihan.

Selain itu, kedua-dua institut ini menawarkan kemudahan yang lengkap, yuran yang sangat berpatutan, malah ada kursus yang ditawarkan secara percuma mengikut kategori tertentu. Kursus yang ditawarkan juga berbeza mengikut kampus, membolehkan anda memilih lokasi yang menawarkan bidang paling sesuai dengan minat dan bakat anda.

Senarai Bidang & Kursus Yang Ditawarkan di IKBN & IKTBN

Berikut kursus yang ditawarkan di IKBN dan IKTBN (mengikut bidang):

Elektronik
Sijil Lanjutan Teknologi Elektronik (Industri)
Diploma Teknologi Elektronik (Elektronik Industri)

Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik (Juruteknik Elektrik Rendah)
Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa - PW2)
Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Fasa Tiga - PW4)
Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Penyamanan Udara & Pemanasan Domestik)
Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A1)
Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan & Penyaman Udara)

Mekanikal
Sijil Teknologi Mekanikal (Faundri)
Sijil Teknologi Mekanikal (Percetakan Digital)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Lukisan Mekanikal)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Fabrikasi Vesel)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pesawat - Komposit)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pesawat - Metal)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Boilermaker)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekatronik
Diploma Teknologi Mekanikal (Perekaan Acuan Plastik)
Diploma Teknologi Mekanikal (Perekaan Alat Tekan)
Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan - CAD/CAM)
Diploma Teknologi Mekanikal (Produk Plastik - Termoplastik)
Diploma Teknologi Mekanikal (Rekabentuk Produk Industri)

Automotif
Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta/EV)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Pengetukan Panel)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)

Hospitaliti
Sijil Teknologi Hospitaliti (Room Aesthetics & Decoration)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan - Front Office)

Kosmetologi
Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Perekaan Gaya Rambut)
Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Terapi Kecantikan)

Fesyen dan Pakaian
Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen dan Pakaian (Jahitan Pakaian Lelaki)
Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen dan Pakaian (Jahitan Pakaian Wanita)

Awam
Sijil Teknologi Awam (Pengendalian Kren Menara)
Sijil Teknologi Awam (Scaffolding - Tubular) - JKKP
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuatan Perabot & Hiasan Dalaman)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Senibina)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Landskap Pembinaan)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pemasangan Paip)
Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman)
Diploma Teknologi Awam (Penyeliaan Awam & Struktur)

Teknologi Maklumat
Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Multimedia Interaktif)
Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer)
Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Perekabentuk Multimedia Pengarangan)
Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Penerbitan Video)

Fotografi
Sijil Lanjutan Teknologi Fotografi

Sukan
Sijil Lanjutan Teknologi Terapi Sukan

Pertanian
Diploma Teknologi Pertanian (Pengeluaran Makanan)

Pembuatan Makanan
Sijil Lanjutan Teknologi Pembuatan Makanan (Pemprosesan)
Diploma Teknologi Pembuatan Makanan (Pemprosesan)

Marin
Sijil Lanjutan Teknologi Marin (Penyelenggaraan)

Kelebihan Menyambung Pengajian di IKBN & IKTBN

* Latihan berfokus kepada kemahiran sebenar industri
* Sijil diiktiraf dan diterima majikan
* Peluang sambung ke tahap lebih tinggi
* Kemudahan asrama dan bengkel latihan
* Peluang pekerjaan tinggi selepas tamat pengajian

IKBN dan IKTBN adalah pilihan terbaik jika anda ingin cepat masuk ke dunia kerja melalui latihan kemahiran yang berkualiti. Dengan pilihan kursus yang luas, kemudahan lengkap dan sijil yang diiktiraf, anda boleh membina masa depan kerjaya yang stabil dalam pelbagai industri. Pilih bidang yang sesuai dengan minat anda, dan mulakan langkah pertama ke arah masa depan yang lebih baik.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.