Kursus yang Ditawarkan di IKBN & IKTBN


Kursus yang Ditawarkan di IKBN & IKTBN

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal. Kedua-dua institusi ini berada di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan memberi tumpuan kepada latihan berasaskan kemahiran serta keperluan industri semasa.

IKBN dan IKTBN menjadi pilihan ramai lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian dalam bidang kemahiran tanpa bergantung sepenuhnya kepada pencapaian akademik. Program yang ditawarkan menekankan pembelajaran secara praktikal dan latihan industri, sekali gus membantu pelajar memperoleh pengalaman sebenar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Selain yuran pengajian yang ditanggung kerajaan, pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa di IKBN dan IKTBN turut menikmati kemudahan seperti elaun bulanan, asrama serta kemudahan latihan yang lengkap. Hal ini menjadikan IKBN dan IKTBN antara institusi latihan kemahiran yang paling diminati di Malaysia.

Perbezaan IKBN dan IKTBN

Secara umum, IKBN menawarkan program latihan di peringkat sijil dan diploma kemahiran, manakala IKTBN pula menumpukan kepada program diploma lanjutan dan latihan teknikal bertahap tinggi. Walaupun berbeza dari segi tahap pengajian, kedua-duanya bertujuan melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran dan mudah diserap ke dalam pasaran kerja.

Senarai Bidang & Kursus Yang Ditawarkan di IKBN & IKTBN

Berikut kursus yang ditawarkan di IKBN dan IKTBN (mengikut bidang):

Elektronik
Sijil Lanjutan Teknologi Elektronik (Industri)
Diploma Teknologi Elektronik (Elektronik Industri)

Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik (Juruteknik Elektrik Rendah)
Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa - PW2)
Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Fasa Tiga - PW4)
Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Penyamanan Udara & Pemanasan Domestik)
Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A1)
Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan & Penyaman Udara)

Mekanikal
Sijil Teknologi Mekanikal (Faundri)
Sijil Teknologi Mekanikal (Percetakan Digital)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Lukisan Mekanikal)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Fabrikasi Vesel)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pesawat - Komposit)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pesawat - Metal)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Boilermaker)
Sijil Lanjutan Teknologi Mekatronik
Diploma Teknologi Mekanikal (Perekaan Acuan Plastik)
Diploma Teknologi Mekanikal (Perekaan Alat Tekan)
Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan - CAD/CAM)
Diploma Teknologi Mekanikal (Produk Plastik - Termoplastik)
Diploma Teknologi Mekanikal (Rekabentuk Produk Industri)

Automotif
Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta/EV)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Pengetukan Panel)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)

Hospitaliti
Sijil Teknologi Hospitaliti (Room Aesthetics & Decoration)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan - Front Office)

Kosmetologi
Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Perekaan Gaya Rambut)
Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Terapi Kecantikan)

Fesyen dan Pakaian
Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen dan Pakaian (Jahitan Pakaian Lelaki)
Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen dan Pakaian (Jahitan Pakaian Wanita)

Awam
Sijil Teknologi Awam (Pengendalian Kren Menara)
Sijil Teknologi Awam (Scaffolding - Tubular) - JKKP
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuatan Perabot & Hiasan Dalaman)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Senibina)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Landskap Pembinaan)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pemasangan Paip)
Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman)
Diploma Teknologi Awam (Penyeliaan Awam & Struktur)

Teknologi Maklumat
Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Multimedia Interaktif)
Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer)
Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Perekabentuk Multimedia Pengarangan)
Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Penerbitan Video)

Fotografi
Sijil Lanjutan Teknologi Fotografi

Sukan
Sijil Lanjutan Teknologi Terapi Sukan

Pertanian
Diploma Teknologi Pertanian (Pengeluaran Makanan)

Pembuatan Makanan
Sijil Lanjutan Teknologi Pembuatan Makanan (Pemprosesan)
Diploma Teknologi Pembuatan Makanan (Pemprosesan)

Marin
Sijil Lanjutan Teknologi Marin (Penyelenggaraan)

Setiap IKTBN dan IKTBN menawarkan kursus yang berbeza, anda boleh rujuk Senarai IKBN & IKTBN serta Kursus Yang Ditawarkan untuk mengetahui lebih lanjut.

Kelebihan Mengikuti Pengajian di IKBN & IKTBN

Pengajian di IKBN dan IKTBN memberi kelebihan dari segi pendedahan industri, latihan amali yang intensif serta pensijilan kemahiran yang diiktiraf. Graduan institusi ini mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam sektor swasta, industri teknikal, perkilangan, perkhidmatan serta keusahawanan.

Kesimpulannya, IKBN dan IKTBN merupakan laluan terbaik bagi lepasan SPM dan belia yang berminat dalam bidang kemahiran teknikal. Dengan pilihan kursus yang pelbagai, kemudahan lengkap serta sokongan kerajaan, institusi ini mampu membantu pelajar membina kerjaya yang stabil dan berdaya saing. Pemilihan kursus yang tepat di IKBN atau IKTBN boleh menjadi langkah awal ke arah masa depan yang lebih cerah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.