Resepi Ais Krim Coklat


Resepi Ais Krim Coklat

Bahan-Bahan:

- 4 biji kuning telur.
- 1/2 cawan gula.
- 500ml susu segar.
- 1 sudu teh tepung jagung.
- 3 sudu besar serbuk koko.
- 250g krim putar.

Cara Membuat:

1. Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk.

2. Setelah sejuk, tuangkan ke dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam freezer selama 2 jam.

3. Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).

4. Campurkan krim putar bersama bahan yang telah disejukkan tadi, gaul sehingga rata. Kemudian, simpan dalam freezer semalaman.

5. Setelah itu, keluarkan dan pukul dengan mixer sehingga aiskrim kembang 2 kali ganda.

6. Masukkan semula aiskrim ke dalam bekas tertutup dan simpan dalam freezer sehingga mengeras dan kemudian sedia untuk dinikmati.

0 comment... add one now