Resepi Tart Nenas


Tart Nenas

Tart Nenas adalah sejenis Kuih Raya yang mempunyai inti yang manis. Tart Nenas adalah Kuih Raya yang sangat popular dan ianya disukai ramai kerana rasanya yang sangat sedap.

Resepi Tart Nenas

Bahan-bahan:

115gram mentega
115gram minyak sapi
1 biji telur B
450gram tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit air sejuk - optional
Jem nenas secukupnya

Cara Membuat:

Untuk Tart Gulung



1. Pecahkan telur di dalam bekas adunan. Masukkan mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan dengan acuan tart. Simpan selama 15 hingga 20 minit di dalam peti sejuk.

3. Masukkan adunan ke dalam acuan tart dan tekan, potong mengikut saiz yang dikehendaki.

4. Masukkan inti nenas dan gulung. Sapu atasnya dengan sedikit kuning telur dan bakar pada suhu 170-180c  selama 20-25minit bergantung pada oven.

Untuk Tart Terap



1. Tambahkan sedikit tepung hingga menjadi doh yang boleh diterap. Guna acuan penerap, terap dan letakkan inti ditengahnya. Bakar pada suhu 170-180c selama 20-15minit bergantung pada oven.

Jem Nenas



Bahan-bahan:

10 biji nenas - disagat dan tos airnya
3 kampit gula
Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

Kacau nenas dan gula, bila hampir kering masukkan pewarna kuning. Kacau sehingga kering dengan api yang perlahan.
Dikuasakan oleh Blogger.