Kursus Yang Ditawarkan Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Kursus Yang Ditawarkan Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah merupakan universiti awam dan juga institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang terletak di Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia dahulu dikenali Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Kampus utama USIM terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan kampus di Pandan Indah, Kuala Lumpur pula dikhaskan untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) serta Fakulti Pergigian (FPg). USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan IPTA yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia.


Berikut adalah senarai kursus pengajian yang ditawarkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH

  • Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian


FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

  • Sarjana Muda Da'wah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu


FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian


FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

  • Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian


FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko)
  • Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Kewangan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik Gunaan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)


FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

  • Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS)


FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA

  • Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian


FAKULTI PERGIGIAN

  • Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS)


FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA

  • Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik)
Dikuasakan oleh Blogger.