Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Kuantan


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Kuantan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan, Pahang merupakan salah satu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. ILP adalah sebuah pusat latihan yang berteraskan kemahiran.

ILTJM ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan vokasional di dalam bidang teknologi dan terkini sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor pembuatan.

Objektif utama ILJM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. ILP menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan serta diploma.


Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di ILP Kuantan.

KURSUS SEPENUH MASA

Elektrikal & Elektronik

  • Sijil Teknologi Elektrik
  • Sijil Teknologi Elektronik Industri
  • Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
  • Diploma Kemahiran Malaysia Pembantu Eksekutif Sistem Komputer


Mekanikal & Pengeluaran

  • Sijil Teknologi Fabrikasi Logam
  • Sijil Teknologi Kimpalan Arka & Gas
  • Sijil Teknologi Mekanik Industri
  • Diploma Kemahiran Malaysia Pembantu Jurutera Kimpalan (Fabrikasi)


Sivil & Bangunan

  • Sijil Teknologi CADD Senibina
  • Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
  • Sijil Teknologi Pemesinan Am
  • Diploma Kemahiran Malaysia Penolong Pengurus Teknikal Senibina

0 comment... add one now