Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Kota Bharu


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Kota Bharu

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Kelantan merupakan salah satu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. ILP adalah sebuah pusat latihan yang berteraskan kemahiran.

ILTJM ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan vokasional di dalam bidang teknologi dan terkini sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor pembuatan.

Objektif utama ILJM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. ILP menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan serta diploma.


Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di ILP Kota Bharu.

KURSUS SEPENUH MASA

Elektrik & Elektronik

  • Sijil Teknologi Elektronik Industri
  • Sijil Teknologi Elektrik
  • Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Sijil Teknologi Komputer (Sistem)


Mekanikal & Pengeluaran

  • Sijil Teknologi Automotif
  • Sijil Teknologi Kimpalan Arka & Gas
  • Sijil Teknologi Mekanik Industri
  • Sijil Teknologi Pemesinan Am


Sivil & Bangunan

  • Sijil Teknologi Binaan (Bangunan)
  • Sijil Teknologi Rekabentuk & Pengeluaran Perabot
  • Diploma Teknologi Binaan

0 comment... add one now