Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai 17 peringkat dan terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis. Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor Percubaan sehingga Inspektor Jeneral Polis. Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan utama iaitu Pegawal Jeneral Diwartakan (ACP - IGP) dan Pegawai Diwartakan (P/INSP - SUPT)

Bagi kumpulan Pegawai Rendah Polis pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub Inspektor. Pangkat Koperal sehinggalah ke pangkat Sub Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Sub Ordinat.

Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui nombor pengenalan polis. Pemegang pangkat Pegawai Kanan Polis berpangkat IGP sehingga P/INSP menggunakan 'G' sebagai pangkal manakala pemegang pangkat Pegawai Rendah Polis berpangkat S/INSP sehingga KONST menggunakan 'RF' dan Pegawai Sokongan Polis berpangkat S/INSP/S sehingga KONST/S menggunakan 'RF/S'.

Berikut adalah senarai pangkat yang terdapat di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PEMERINTAH TERTINGGI PDRM (DIGP - IGP)
Inspector General of PoliceKetua Polis Negara (IGP)
Deputy Inspector General of PoliceTimbalan Ketua Polis Negara (DIGP)
PEGAWAI KANAN POLIS (P/INSP - CP)
Commissioner of PolicePesuruhjaya Polis (CP)
Deputi Commissioner of PoliceTimbalan Pesuruhjaya Polis (DCP)
Senior Assistant Commissioner of PolicePenolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP)
Assistant Commissioner of PolicePenolong Pesuruhjaya Polis (ACP)
Superintendant of PolicePenguasa Polis (SP)
Deputy Superintendant of PoliceTimbalan Penguasa Polis (DSP)
Assistant Superintendant of PolicePenolong Penguasa Polis (ASP)
Inspector of PoliceInspektor Polis (INSP)
Probationary Inspector of PoliceInspektor Percubaan Polis (P/INSP)
PEGAWAI RENDAH POLIS (KONST - S/INSP)
Sub Inspector of PoliceSub Inspektor Polis (S/INSP)
Police Sergeant MajorSarjan Mejar (SJN/M)
Police SergeantSarjan (SJN)
Police CorporalKoperal (KPL)
Police Lance CorporalLans Koperal (L/KPL)
Police ConstableKonstabel (KONST)
Dikuasakan oleh Blogger.