Sinopsis Drama Shhh... I Love You (Akasia TV3)


Sinopsis Drama Shhh... I Love You (Akasia TV3)

Drama Shhh... I Love You adalah drama terbaru menggantikan drama sebelum ini iaitu drama Suamiku Paling Sweet yang telah pun tamat tayangannya. Drama Shhh... I Love You diadaptasi daripada novel yang berjudul Shhh... I Love You karya Farisya Natasha.

Drama 28 episod terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria. Drama Shhh... I Love You akan ditayangkan bermula 3 April 2017, di saluran TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang.

Menerusi drama Shhh... I Love You, Gambit Saifullah bergandingan dengan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Gambit Saifullah memegang watak sebagai Kapten Aidan manakala Elvina Mohamad pula memegang watak sebagai Nur Nadia.

Sinopsis Shhh... I Love You

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya.

Nadia sebelum ini merupakan pesakit jantung dan kini memiliki jantung bekas tunang Aidan yang sudah tiada. Dan kerana itu, Aidan mengawini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan? Saksikan kesudahannya.
Dikuasakan oleh Blogger.