Senarai Universiti Awam (UA) Di Malaysia


Senarai Universiti Awam (UA) Di Malaysia

Universiti Awam (UA) juga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan universiti yang dibiayai oleh pihak kerajaan. Universiti awam di Malaysia berada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

Universiti awam di Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini terdapat 20 buah universiti awam di Malaysia yang terdiri daripada 5 universiti penyelidikan, 4 universiti komprehensif dan 11 universiti berfokus.

Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan sementara universiti berfokus tertumpu kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya atau bidang-bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan manakala universiti komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.

Universiti Penyelidikan

Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Komprehensif

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Berfokus

Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Dikuasakan oleh Blogger.