The Living Eagle, Wira Luar Biasa Umat Islam Yang Tak Dikenali Ramai



Kita terlalu kagum dengan watak Maverick sebagai juruterbang hebat dalam filem Top Gun, tanpa kita sedar hakikatnya, “top gun” yang sebenarnya ada di kalangan orang Islam sendiri.

Wira umat Islam tersebut ialah Saiful Azam, beliau merupakan insan luar biasa kerana pernah menjadi pahlawan buat 5 negara iaitu Bangladesh, Jordan, Iraq, Pakistan dan Palestin.

Sejarah Azam semasa hidupnya bagaimanapun, sangat menarik.

Azam adalah seorang bekas juruterbang pesawat pejuang dan sebelum kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971, Allahyarham pernah berkhidmat untuk 3 angkatan udara, masing-masing di Jordan, Pakistan dan Iraq.

Dalam pɛrang 6 hari Arab-Israel pada tahun 1969, Azam yang ketika itu berkhidmat untuk tentera udara Jordan, mempamerkan kebolehan yang hampir tidak pernah didengar selepas itu kerana berjaya menɛmbak jatuh bukan satu tapi 4 jet pejuang Israel.

Bukan itu sahaja pesawat pejuang yang pernah ditɛmbak jatuh olehnya, dalam pɛrang Pakistan-India pada tahun 1965, Azam yang ketika itu berpɛrang untuk Pakistan, turut menɛmbak jatuh sebuah pesawat pejuang India.

Azam adalah wira negara Islam dan tidak hairanlah kɛmatiannya mendapat maklum balas dari seluruh dunia. Di negaranya sendiri, Allahyarham digelar “The Living Eagle”.

Saiful Azam menghembuskan nafas terakhirnya akibаt sаkit biasa buat orang seusianya ketika beliau berusia 79 tahun.
Dikuasakan oleh Blogger.