Ajaib, Imam Masjid Masih Selamat Selepas Ditikam Semasa Pimpin Doa



Jemaah masjid dikejutkan dengan insiden Imam ditikam ketika berada di dalam masjid. Imam Masjid Al-Falah yang terletak di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia iaitu Yazid Umar Nasution selamat selepas ditikam di dada oleh seorang lelaki dalam kejadian pada Khamis lalu.

Menurut laporan Tribun News, imam berusia 36 tahun itu diserang suspek ketika sedang berdoa setelah selesai menunaikan solat Isyak bersama beberapa jemaah lain.

Berdasarkan rakaman CCTV masjid, suspek yang memakai baju berwarna biru tiba-tiba muncul dari arah mimbar sebelum cuba menikam sebanyak dua kali dengan menggunakan pisau pemotong sayur sehingga bengkok.

Bagaimanapun, Yazid yang mengalami kɛcederaan pada bahagian dada sebelah kiri bertindak pantas dengan menendang suspek sehingga menyebabkan lelaki itu cuba melarikan diri sebelum ditangkap oleh para jemaah.
Memetik laporan Riau Online pula, suspek yang dikenali sebagai IM itu mengenali imam tersebut kerana pernah berkongsi cerita mengenai masalah hidupnya.

Difahamkan akibat tidak berpuas hati, suspek yang berusia 24 tahun bertindak sedemikian selepas masalah dihadapi tidak menemui jalan penyelesaian.

Rakaman CCTV

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close