Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)


Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempunyai beberapa peringkat dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Pegawai dan Lain-lain Pangkat. Pangkat Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia terbahagi kepada beberapa kategori seperti Pemerintah Tertinggi (Laksamana Armada). Pegawai Tinggi (Laksamana Pertama hingga Laksamana), Pegawai Kanan (Leftenan Komander hingga Kapten), Pegawai Muda (Leftenan Muda hingga Leftenan), dan Pegawai Kadet (Pegawai Kadet dan Kadet Kanan).

Laksamana Armada ialah pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pangkat Laksamana Armada dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera layak mendapat pangkat tertinggi bertaraf lima bintang dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia ini.

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Laut (PTL) yang berpangkat Laksamana. Laksamana ialah pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia yang mempunyai empat bintang dan ianya setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang yang lain seperti Jeneral Tentera Darat (TDM) dan Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bagi kumpulan Lain-lain Pangkat pula seperti Pegawai Waran (Pegawai Waran I dan Pegawai Waran II), dan Pegawai Tanpa Tauliah (Perajurit Muda hingga Bintara Kanan). Berikut adalah senarai peringkat pangkat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Laksamana Armada

Laksamana

Laksamana Madya

Laksamana Muda

Laksamana Pertama

Kapten

Komander

Leftenan Komander

Leftenan

Leftenan Madya

Leftenan Muda

Kadet Kanan

Pegawai Kadet

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II


Bintara Kanan


Bintara Muda


Laskar Kanan


Laskar Kelas I


Laskar Kelas II


Laskar Muda
Dikuasakan oleh Blogger.