Pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)


Pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai beberapa peringkat pangkat dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Pegawai dan Lain-lain Pangkat. Pangkat bagi kumpulan Pegawai terbahagi kepada beberapa kategori seperti Pemerintah Tertinggi (Marsyal Tentera Udara), Pegawai Tinggi (Brigedier Jeneral hingga Jeneral), Pegawai Kanan (Mejar hingga Kolonel), Pegawai Muda (Leftenan Muda hingga Kapten), dan Pegawai Kadet.

Marsyal Tentera Udara atau Marsyal (TUDM) ialah pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Marsyal Udara dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong layak mendapat pangkat tertinggi bertaraf lima bintang dalam Tentera Udara Diraja Malaysia ini.

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Udara (PTU) yang berpangkat Jeneral. Jeneral ialah pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia yang mempunyai empat bintang dan ianya setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang lain seperti Jeneral Tentera Darat (TDM) dan Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagi kumpulan Lain-lain Pangkat pula seperti Pegawai Waran (Pegawai Waran I dan Pegawai Waran II), Pegawai Tanpa Tauliah (Perajurit Muda hingga Flait Sarjan). Berikut adalah senarai peringkat pangkat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Marsyal Tentera Udara

Jeneral

Leftenan Jeneral

Mejar Jeneral

Brigedier Jeneral

Kolonel

Leftenan Kolonel

Mejar

Kapten

Leftenan

Leftenan Muda


Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Flait Sarjan

Sarjan Udara

Koperal Udara

Laskar Udara Kanan
Dikuasakan oleh Blogger.