Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Ungku Omar


Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Ungku Omar

Politeknik kebiasaannya menjadi institusi pengajian tinggi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Politeknik Ungku Omar (PUO) adalah di antara salah sebuah daripada berpuluh politeknik yang terdapat di Malaysia. Politeknik Ungku Omar dikategorikan sebagai Politeknik Premier iaitu politeknik yang setanding dengan universiti.

Kebanyakkan program pengajian yang ditawarkan di politeknik adalah di peringkat diploma tetapi ada juga politeknik yang menawarkan program pengajian di peringkat sijil dan juga ijazah sarjana muda. Program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Ungku Omar adalah di peringkat sijil, diploma dan juga ijazah sarjana muda. Politeknik telah melahirkan ramai graduan berkualiti yang diperlukan untuk mengisi peluang pekerjaan di negara ini.

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik bolehlah membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi UPU Online yang dibuka pada tarikh yang ditetapkan setiap tahun bagi pengambilan pelajar politeknik atau boleh rujuk Portal Pengambilan Pelajar Politeknik. Pemohon boleh memilih program pengajian mana yang menjadi pilihan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik. Untuk melihat senarai penuh politeknik serta program pengajian yang ditawarkan anda boleh rujuk Senarai Program. Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Ungku Omar.

Senarai Program Pengajian

Sijil Kemahiran Pembinaan
Diploma Kejuruteraan Awam
Diploma Seni Bina
Diploma Geomatik
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
Diploma Perkapalan
Diploma Mekanikal
Diploma Mekanikal (Automotif)
Diploma Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
Diploma Mekatronik
Diploma Akauntansi
Diploma Kewangan dan Perbankan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengurusan Peruncitan
Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian
Dikuasakan oleh Blogger.