Program Yang Ditawarkan Di IKM Besut


Program Yang Ditawarkan Di IKM Besut

Institut Kemahiran MARA (IKM) Besut adalah salah sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) yang terdapat di seluruh negara. IKM ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal usahawan.

Institut Kemahiran MARA Besut menawarkan pelbagai program pengajian. Program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Besut adalah di peringkat sijil dan juga diploma. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran MARA Besut berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Besut.

Senarai Program

Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
Sijil Teknologi Kimpalan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan
Diploma Kompetensi Elektrik (Pendawai PW4)
Diploma Kompetensi Kimpalan

Dikuasakan oleh Blogger.