Program Yang Ditawarkan Di ILP Kuala Lumpur


Program Yang Ditawarkan Di ILP Kuala Lumpur

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

Senarai Program

Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Sijil Teknologi Automotif
Sijil Teknologi Pencetakan (Offset)
Sijil Teknologi Pencetakan (Grafik)
Sijil Teknologi Elektrik (3 Fasa)
Sijil Teknologi Kimpalan
Sijil Teknologi Penyenggaraan Mekanikal
Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
Diploma Teknologi Automotif

0 comment... add one now