Program Yang Ditawarkan Di ILP Kuala Terengganu


Program Yang Ditawarkan Di ILP Kuala Terengganu

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu adalah seperti berikut:

Senarai Program

Sijil Penjaga Elektrik (AO & A4)
Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa (SKM Tahap 3)
Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (SKM Tahap 3)
Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal (SKM Tahap 3)
Sijil Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas (SKM Tahap 3)
Sijil Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu) (SKM Tahap 1,2 & 3)
Sijil Teknologi Binaan (Paip & Sanitari) (SKM Tahap 1,2 & 3)
Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (SKM Tahap 3)
Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)

Dikuasakan oleh Blogger.