Program Yang Ditawarkan Di ILP Pasir Gudang


Program Yang Ditawarkan Di ILP Pasir Gudang

Institut Latihan (ILP) Pasir Gudang adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang adalah seperti berikut:

Senarai Program

Teknologi Elektrik
Teknologi Instrumen Perindustrian
Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Die)
Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
Teknologi Rekabentuk Produk Industri
Teknologi Penyenggaraan Mekanikal
Teknologi Automotif
Teknologi Kimpalan
Teknologi Fabrikasi Logam

Dikuasakan oleh Blogger.