Tips Dapatkan Nombor Telefon Jejaka Idaman


Tips Dapatkan Nombor Telefon Jejaka Idaman

Tidak ada salahnya untuk perempuan memulakan langkah berkenalan dengan lelaki. Tak perlu malu untuk memulakan sesi perkenalan tersebut. Lebih-lebih lagi sudah lama anda perhatikan lelaki berkenaan dari jauh dan cuba untuk meminta nombor telefonnya. Sifat sukakan seseorang adalah lumrah bagi setiap manusia.

Kepada gadis di luar sana yang memendam perasaan terhadap jejaka idaman anda, mungkin tips ini akan membantu anda untuk dapatkan nombor telefon jejaka idaman anda. Jom ketahui cara-cara si gadis mahu mendapatkan nombor telefon jejaka idaman mereka. Walau bagaimanapun tips ini hanya untuk mereka yang berani sahaja dan tidak kisah digelar perigi mencari timba.

Tanya Secara Berseloroh
Mula-mula cuba untuk bercakap sesuatu yang lucu. Jika kamu berjaya buat dia ketawa, terus minta nombor telefonnya seperti contoh ini: "kalau awak nak dengar lawak saya lagi, bagilah nombor telefon."

Tanya Kawan
Kenal pasti jika kawan-kawan si dia ada yang kamu kenal. Tapi masalah yang mungkin kamu hadapi, bila kamu menghubungi si dia, pasti dia akan tertanya-tanya siapa kamu dan bagaimana kamu mendapat nombor telefonnya.

Tanya Dia Jika Dia Ada Telefon
Pelik kan? tapi dengan cara ini, secara tidak langsung kamu menyedarkan dia tentang telefon kepunyaannya dan mungkin apabila dia sedar nanti, dia akan memberikan nombor itu kepada kamu.

Bagitahu Dia Yang Kamu Patut Berbual Lebih Lama
Selepas perbualan yang menarik, dan si dia masih belum meminta nombor telefon kamu, berterus-terang saja yang kamu sukakan perbualan itu dan ianya patut diteruskan di talian telefon pula.

Rancang Sesuatu Yang Memerlukan Kamu Untuk Menyimpan Nombor Telefonnya
Mungkin kamu berdua terlibat dalam tugasan yang sama. Kamu boleh beri alasan, jika perancangan bertukar, mudah untuk kamu hubunginya.

Periksa Facebook
Kadang-kadang ada pengguna yang Facebook yang meletakkan nombor telefon untuk memudahkan dihubungi. Periksalah, mana tahu nasib kamu baik? Tapi hati-hati, kamu mungkin boleh dituduh sebagai stalker.

Beri Nombor Telefon Kamu Padanya
Anda gadis yang tak pandai berkias dan direct to the point. Anda juga malas melayan perasaan takut nanti lama-lama kena kebas. Anda beri sahaja nombor telefon anda, atau minta direct daripadanya. Mudah!

0 comment... add one now