Resepi Pau Cendawan Sedap


Resepi Pau Cendawan Sedap

Pau Cendawan pernah menjadi viral semasa bulan puasa yang lalu dan ianya menjadi tumpuan orang ramai sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan Pau Cendawan. Pau Cendawan mempunyai rupa bentuk yang unik iaitu rupa bentuknya seperti cendawan sebab itulah ianya dipanggil Pau Cendawan dan rasanya juga sangat sedap.

Disebabkan rupa bentuknya yang unik Pau Cendawan menarik perhatian orang ramai untuk mencubanya. Apa itu Pau Cendawan? Pau Cendawan sebenarnya adalah pau yang dikukus lembut dan mempunyai topping yang rangup beserta inti yang sangat sedap dengan rasa sup cendawan dan juga isi ayam.

Mesti ada yang teringin untuk menikmati Pau Cendawan dan juga yang belum sempat merasainya lagi, jangan risau di sini dikongsikan resepi untuk membuat Pau Cendawan, kalau terasa ingin menikmatinya boleh buat sendiri tak perlu beratur panjang untuk mendapatkannya. Pau Cendawan ini sesuai dinikmati seisi keluarga.

Resepi Pau Cendawan Sedap

Bahan-bahan:

Doh

250 tepung pau
1 sudu teh yis
3/4 sudu teh baking powder
50 gram gula kastor
1/2 pelembut roti (tak masukkan pun tak apa)
120 ml air masak
20 gram shortening

Kulit Cendawan

2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air masak

Inti

1 cawan ayam (direbus dan diracik-racik)
1 cawan (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan stok ayam
1 cubit garam dan serbuk lada hitam

Cara Membuat

1. Masukkan semua bahan doh, kecuali shortening. Gaul sebentar.
2. Masukkan shortening. Gaul dan uli sehingga membentuk doh lembut.
3. Biarkan 10 minit.
4. Sementara itu buatkan intinya.
5. Panaskan mentega dan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
6. Masukkan cendawan. Masak hingga layu.
7. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
8. Tabur tepung dan kacau sebati.
9. Tambahkan stok ayam, didihkan sambil kacau sehingga pekat.
10. Masukkan cebisan ayam. Kacau sebati. Ketepikan.
11. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Tinggalkan sedikit untuk membuat tangkai cendawan.
12. Bulatkan doh dan intikan. Gentel lebihan doh berbentuk batang cendawan.
13. Bancuhkan bahan kulit cendawan. Tambah air jika perlu sehingga kelikatannya seperti chocolate ganache.
14. Sapukan pada permukaan doh dengan berus.
15. Biarkan doh lebih kurang 40 minit atau sehingga permukaan mulai kelihatan retak.
16. Kukus doh dan batang dengan api yang besar selama 10 minit.
17. Sejukkan seketika. Buatkan lubang pada bahagian bawah pau.
18. Celupkan batang ke dalam lebihan bahan kulit dan tekan ke dalam lubang tadi.
19. Kukus semula selama lebih kurang 2 ke 3 minit.
Dikuasakan oleh Blogger.