Senarai Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Senarai Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah sebuah organisasi pertahanan nasional yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara. ATM meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT). Jawatan Angkatan Tentera Malaysia dipegang oleh Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM. Panglima Angkatan Tentera adalah ketua bagi Angkatan Tentera Malaysia yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Panglima Angkatan Tentera memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).

Manakala Ketua bagi Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia ialah Panglima Tentera Darat (PTD) yang berpangkat Jeneral (Empat bintang). Ketua bagi Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Laut (PTL) yang berpangkat Laksamana (Empat bintang). Ketua bagi Perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Udara (PTU) yang berpangkat Jeneral TUDM (Empat bintang).

Senarai Pangkat Angkatan Tentera Malaysia


Senarai Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (Setaraf)

PEGAWAI

TDMTLDMTUDM
 Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal Tentera Udara
 Jeneral Laksamana Jeneral 
 Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral
 Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral
 Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral
 Kolonel Kapten Kolonel
 Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel
 Mejar Leftenan Komander Mejar
 Kapten Leftenan Kapten
 Leftenan Leftenan Madya Leftenan
 Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda
 Kadet Kanan - -
 Kadet Kadet Kadet

LAIN-LAIN PANGKAT

TDMTLDMTUDM
 Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran I
 Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran II
 Staff Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
 Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
 Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
 Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Kanan
 - Laskar Kelas II Laskar Udara I
 Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
 Rekrut Perajurit Muda Perajurit Muda
Dikuasakan oleh Blogger.