Tonton Siri Animasi Popular BoBoiBoy Galaxy


Tonton Siri Animasi Popular BoBoiBoy Galaxy

Siri animasi popular BoBoiBoy kini diteruskan lagi dengan siri terbaru berjudul BoBoiBoy Galaxy. BoBoiBoy Galaxy merupakan kesinambungan siri BoBoiBoy selepas BoBoiBoy The Movie. Siri ini merupakan penjenamaan semula kepada siri BoBoiBoy yang lama. Siri baru ini mempunyai 104 episod dan mula disiarkan pada 25 November 2016, setiap Jumaat jam 5.00 petang di slot Bananana saluran TV3.


Penjenamaan semula siri animasi BoBoiBoy ini menyaksikan kelainan pada penampilan hero cilik ini. Sekuel baru ini memfokuskan lebih banyak aksi pengembaraan BoBoiBoy bersama rakan-rakannya iaitu Yaya, Ying, Gopal dan Fang menghadapi perjalanan yang lebih mencabar. BoBoiBoy Galaxy merupakan sambungan dari BoBoiBoy The Movie dan garis masa BoBoiBoy Galaxy ini adalah 2 hingga 3 tahun selepas peristiwa dalam BoBoiBoy The Movie.

BoBoiBoy Galaxy berkisar mengenai BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang mengembara dari planet ke planet sekitar galaksi dalam misi untuk mencari Sfera Kuasa baru. Selain Ochobot dan Klamkabot masih ada lagi Sfera Kuasa yang lain di seluruh galaksi dan jika ianya jatuh ke tangan yang salah pasti seluruh galaksi akan menjadi huru-hara.

Jika dulu BoBoiBoy hanya menunggu Adu Du mencipta masalah tetapi kini dalam BoBoiBoy Galaxy, dia pula yang "mencari masalah" dengan menjelajah ke seluruh galaksi untuk mencari dan menyelamatkan Sfera Kuasa yang lain seperti Ochobot dan sekaligus mempertahankan seluruh galaksi daripada dikuasai oleh kuasa jahat. Saksikan kisah pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam BoBoiBoy Galaxy.



Dikuasakan oleh Blogger.