Sistem Gred Pemarkahan Terkini Bagi UPSR, PT3 & SPM


Sistem Gred Pemarkahan Terkini Bagi UPSR, PT3 & SPM

Bagi tahun 2016, terdapat sedikit perubahan dalam sistem gred pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu:


  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016 - UPSR
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016 - PT3
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016 - SPM


Berikut adalah skala gred standard terkini yang digunapakai oleh semua sekolah di Malaysia. Penetapan julat markah dan gred oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini berkuatkuasa mulai tahun 2016.

Julat markah yang dinyatakan di bawah ini akan menentukan samada pelajar berjaya dengan cemerlang atau tidak dan sebagainya.

Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016 - (UPSR)

Julat markah, gred untuk sekolah rendah adalah seperti berikut:

80 - 100 : A (Cemerlang)
65 - 79 : B (Baik)
50 - 64 : (Memuaskan)
40 - 49 : (Mencapai Tahap Minimum)
0 - 39 : (Belum Mencapai Tahap Minimim)
TH : TH (Tidak Hadir)


Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016 - (PT3)

Julat markah, gred untuk menengah rendah adalah seperti berikut:

85 - 100 : A (Cemerlang)
70 - 84 : B (Kepujian)
60 - 69 : C (Baik)
50 - 59 : D (Memuaskan)
40 - 49 : E (Mencapai Tahap Minimum)
0 - 39 : G (Belum Mencapai Tahap Minimum
TH : TH (Tidak Hadir)


Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016 - (SPM)

Julat markah, gred untuk menengah atas adalah seperti berikut:

90 - 100 : A+ (Cemerlang Tertinggi)
80 - 89 : A (Cemerlang Tinggi)
70 - 79 : A (Cemerlang)
65 - 69 : B+ (Kepujian Tertinggi)
60 - 64 : B (Kepujian Tinggi)
55 - 59 : C (Kepujian Atas)
50 - 54 : C (Kepujian)
45 - 49 : D (Lulus Atas)
40 - 44 : E (Lulus)
0 - 39 : G (Gagal)
TH : TH (Tidak Hadir)

Dikuasakan oleh Blogger.