Kursus Yang Ditawarkan Di IKTBN Bachok


Kursus Yang Ditawarkan Di IKTBN Bachok

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok yang terletak di Bachok, Kelantan adalah salah sebuah institut kemahiran Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan juga Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Bagi lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ILKBS bolehlah membuat permohonan dan memilih kursus kemahiran yang ditawarkan berdasarkan minat dan kecenderungan cabang laluan kerjaya yang diminati. Untuk mengetahui senarai penuh ILKBS iaitu IKBN, IKTBN, dan AKBG di seluruh negara serta kursus kemahiran yang ditawarkan mengikut institut kemahiran boleh rujuk Senarai ILKBS.

ILKBS menawarkan pelbagai bidang pengkhususan di peringkat sijil manakala di peringkat diploma juga turut ditawarkan kepada golongan belia di negara ini. Setiap institut kemahiran ILKBS di seluruh negara menawarkan bidang pengkhususan yang berbeza. Kursus kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Bachok adalah di peringkat sijil dan diploma. Berikut adalah senarai kursus kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Bachok.

Senarai Kursus

Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
Diploma Teknologi Awam (Penyeliaan Awam & Struktur)
Diploma Teknologi Awam (Lukisan Senibina)

Dikuasakan oleh Blogger.