Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN, IKTBN & AKBG


Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN, IKTBN & AKBG

Adakah anda berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran di institusi berteraskan kemahiran? Untuk pengetahuan semua, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan juga Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) merupakan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

ILKBS diwujudkan untuk melatih golongan belia memperoleh kemahiran teknikal untuk membolehkan bekerja di sektor swasta mahupun bekerja sendiri. Pelbagai bidang kursus yang ditawarkan di ILKBS. Kursus latihan biasanya  mengambil masa di antara 18 hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya menamatkan kursus latihan akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

ILKBS menawarkan 13 bidang pengkhususan iaitu Teknologi Autmotif, Teknologi Marin, Teknologi Mekanikal, Teknologi Awam, Teknologi Elektronik, Teknologi Elektrikal, Hospitaliti, Teknologi Tekstil, Teknologi Personal, Teknologi Fotografi, Teknologi Maklumat, Teknologi Sukan, dan Minyak dan Gas. Kursus kemahiran yang ditawarkan di ILKBS adalah di peringkat sijil dan juga di peringkat diploma.

Bagi golongan belia lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian di institusi berteraskan kemahiran, sebagai rujukan berikut adalah senarai ILKBS iaitu IKBN, IKTBN dan AKBG di seluruh negara serta kursus kemahiran yang ditawarkan.

IKTBN Sepang
IKTBN Chembong
IKTBN Dusun Tua
IKTBN Bachok
IKBN Miri
IKBN Jitra
IKBN Kinarut
IKBN Peretak
IKTBN Temerloh
IKBN Wakaf Tapai
IKBN Bandar Penawar
IKBN Seri Iskandar
IKBN Pekan
IKTBN Pagoh
IKBN Naka
IKTBN Alor Gajah
IKBN Kemasik
IKBN Kuala Langat
IKTBN Bukit Mertajam
IKBN Kuala Perlis
IKBN Tanah Merah
AKBG Bukit Kiara

Dikuasakan oleh Blogger.