Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Peretak


Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Peretak

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak yang terletak di Peretak, Selangor adalah salah sebuah institut kemahiran Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan juga Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Bagi lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ILKBS bolehlah membuat permohonan dan memilih kursus kemahiran yang ditawarkan berdasarkan minat dan kecenderungan cabang laluan kerjaya yang diminati. Untuk mengetahui senarai penuh ILKBS iaitu IKBN, IKTBN, dan AKBG di seluruh negara serta kursus kemahiran yang ditawarkan mengikut institut kemahiran boleh rujuk Senarai ILKBS.

ILKBS menawarkan pelbagai bidang pengkhususan di peringkat sijil manakala di peringkat diploma juga turut ditawarkan kepada golongan belia di negara ini. Setiap institut kemahiran ILKBS di seluruh negara menawarkan bidang pengkhususan yang berbeza. Kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Peretak adalah di peringkat sijil dan diploma. Berikut adalah senarai kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Peretak.

Senarai Kursus

Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)
Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
Diploma Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen)

Dikuasakan oleh Blogger.