Kursus Yang Ditawarkan Di IKTBN Alor Gajah


Kursus Yang Ditawarkan Di IKTBN Alor Gajah

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah yang terletak di Alor Gajah, Melaka adalah salah sebuah institut kemahiran Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan juga Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Bagi lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ILKBS bolehlah membuat permohonan dan memilih kursus kemahiran yang ditawarkan berdasarkan minat dan kecenderungan cabang laluan kerjaya yang diminati. Untuk mengetahui senarai penuh ILKBS iaitu IKBN, IKTBN, dan AKBG di seluruh negara serta kursus kemahiran yang ditawarkan mengikut institut kemahiran boleh rujuk Senarai ILKBS.

ILKBS menawarkan pelbagai bidang pengkhususan di peringkat sijil manakala di peringkat diploma juga turut ditawarkan kepada golongan belia di negara ini. Setiap institut kemahiran ILKBS di seluruh negara menawarkan bidang pengkhususan yang berbeza. Kursus kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Alor Gajah adalah di peringkat sijil dan diploma. Berikut adalah senarai kursus kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Alor Gajah.

Senarai Kursus

Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa - PW2)
Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
Diploma Lanjutan Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A1)
Diploma Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
Diploma Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)

Dikuasakan oleh Blogger.