Kursus Yang Ditawarkan Di IKTBN Chembong


Kursus Yang Ditawarkan Di IKTBN Chembong

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong yang terletak di Chembong, Negeri Sembilan adalah salah sebuah institut kemahiran Institutsi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan juga Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Bagi lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ILKBS bolehlah membuat permohonan dan memilih kursus kemahiran yang ditawarkan berdasarkan minat dan kecenderungan cabang laluan kerjaya yang diminati. Untuk mengetahui senarai penuh ILKBS iaitu IKBN, IKTBN dan AKBG di seluruh negara serta kursus kemahiran yang ditawarkan mengikut institut kemahiran boleh rujuk Senarai ILKBS.

ILKBS menawarkan pelbagai bidang pengkhususan di peringkat sijil manakala di peringkat diploma juga turut ditawarkan kepada golongan belia di negara ini. Setiap institut kemahiran ILKBS di seluruh negara menawarkan bidang pengkhususan yang berbeza. Kursus kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Chembong adalah di peringkat sijil dan diploma. Berikut adalah senarai kursus kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Chembong.

Senarai Kursus

Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Landskap Pembinaan)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
Sijil Teknologi Awam (Scaffolding - Tubular)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)
Sijil Teknologi Awam (Pengendalian Kren Menara)
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Pengetukan panel)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Penyeliaan Awam & Struktur)
Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Senibina)
Diploma Teknologi Automotif
Diploma Lanjutan Teknologi Automotif

Dikuasakan oleh Blogger.