Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Bintulu


Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Bintulu

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu adalah di antara salah sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang terdapat di seluruh negara. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) merupakan sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM merangkumi ADTEC, JMTI dan juga ILP.

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat sijil dan diploma dan program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut lokasi ADTEC. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ADTEC, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu.

Senarai Program

Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa
Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif
Diploma Teknologi Kejuruteraan Minyak & Gas
Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan

Diploma Teknologi Perindustrian Elektrik Kuasa
Diploma Teknologi Perindustrian Mekatronik
Diploma Teknologi Perindustrian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Diploma Teknologi Perindustrian Automotif
Diploma Teknologi Perindustrian Minyak & Gas
Diploma Teknologi Perindustrian Kimpalan

Dikuasakan oleh Blogger.