Program Yang Ditawarkan Di ILP Miri


Program Yang Ditawarkan Di ILP Miri

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Miri menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Miri adalah seperti berikut:

Senarai Program

Sijil Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas
Sijil Teknologi Kimpalan
Sijil Teknologi Telekomunikasi
Sijil Teknologi Komputer Rangkaian
Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Sijil Teknologi Elektrik

Dikuasakan oleh Blogger.