Program Yang Ditawarkan Di ILP Sandakan


Program Yang Ditawarkan Di ILP Sandakan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Sandakan menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Sandakan adalah seperti berikut:

Senarai Program

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Fabrikasi Logam
Teknologi Kimpalan
Teknologi Komputer (Rangkaian)
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Teknologi Telekomunikasi

Dikuasakan oleh Blogger.