Program Yang Ditawarkan Di KKTM Ledang


Program Yang Ditawarkan Di KKTM Ledang

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang merupakan salah sebuah Kolej Kemahiran Tinggi (KKTM) yang terdapat di seluruh negara. KKTM adalah institut pendidikan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dengan kewujudan KKTM ini sekaligus memberikan peluang kepada belia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelbagai program pengajian yang ditawarkan di KKTM Ledang. Program pengajian yang ditawarkan di KKTM Ledang adalah di peringkat diploma. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di KKTM Ledang, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di KKTM Ledang.

Senarai Program

Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Terapeutik)
Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Diagnostik)
Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan)
Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Makmal)
Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Teknologi Maklumat Berkomputer)

Dikuasakan oleh Blogger.