Program Yang Ditawarkan Di KKTM Sri Gading


Program Yang Ditawarkan Di KKTM Sri Gading

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading merupakan salah sebuah Kolej Kemahiran Tinggi (KKTM) yang terdapat di seluruh negara. KKTM adalah institut pendidikan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dengan kewujudan KKTM ini sekaligus memberikan peluang kepada belia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelbagai program pengajian yang ditawarkan di KKTM Sri Gading. Program pengajian yang ditawarkan di KKTM Sri Gading adalah di peringkat diploma. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di KKTM Sri Gading, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di KKTM Sri Gading.

Senarai Program

Diploma Teknologi Pembinaan (Sistem Termaju)
Diploma Teknologi Pembinaan (Geo-Struktur)
Diploma Teknologi Forensik Bangunan dan Penyenggaraan
Diploma Teknologi Pembinaan Turapan dan Jalanraya
Diploma Teknologi Perkhidmatan Bangunan dan Penyenggaraan

Dikuasakan oleh Blogger.