Asal Nampak Kereta Mewah, Kita Pula Yang Mengelak Takut. Tetapi Tahukah Anda Yang Diorang Sebenarnya Tiada Otak.


Jan-Erik Lönnqvist, profesor psikologi sosial di Universiti Helsinki Sweden telah mengeluarkan kajian mengenai Jurnal Psikologi Antarabangsa yang mendedahkan bahawa pemilik atau pemandu kereta mewah mempunyai gaya pemanduan yang teruk di jalan raya. 
Kajian menunjukkan golongan ini gemar melanggar peraturan jalan raya dengan memandu melebihi had laju, mencucuk rapat kereta di depan, tidak menggunakan signal dan memandu secara agresif sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Kajian itu secara dasarnya membuktikan bahawa kekayaan mampu merosakkan minda seseorang itu dari segi tingkah laku yang tidak beretika, termasuk ketika mereka sedang memandu. 

Golongan berkenaan gemar memiliki kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk bagi menampakkan diri mereka kaya.

Pada malam kejadian, pemandu Audi Q7 4×4 didapati sedang berlumba dengan sebuah kereta Porsche sebelum suspek hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar 11 kereta mewah yang berada di bahu jalan termasuk sebuah McLaren (RM1.4 juta), Porsche Cayenne (RM469,000) dan Bentley Bentayga (RM1 juta).
Source: metro.news
Mengikut rakaman CCTV, terdapat 2 buah kereta yang sedang berlumba dalam ‘drag race’ pada malam kejadian dan suspek yang terlibat merupakan seorang lelaki yang berasal dari negara Timur Tengah. Mengikut penduduk di situ, kebanyakan pelancong dari negara Timur Tengah suka melibatkan diri dalam ‘drag race’ yang menggunakan laluan ke kawasan perumahan mereka sebagai ‘litar’. ‘Supercar season’ juga merupakan gelaran yang diberikan penduduk di mana jutawan dari Timur Tengah akan menerbangkan kereta mewah mereka semata-mata untuk turut serta di dalam ‘drag race’ tersebut.
Oleh yang demikian, bersederhanalah kita di dalam kehidupan dan bersyukur dengan rezeki yang diberi Tuhan. Biarlah sekadar mampu memiliki kereta tempatan asalkan gaya pemanduan kita berhemah dan tidak mendatangkan bahaya kepada para pengguna jalan raya lain. 


Bila Naik Kereta Mewah, Rugi la tak memecut.


Sumber: World of Buzz

Dikuasakan oleh Blogger.