Video Janna Nick menangis ‘cetus’ kebimbangan buat peminat

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan selebriti terkenal Janna Nick sudah pasti ramai sedia maklum bahawa dia merupakan salah seorang pelumba dalam perlumbaan di Pulau Pinang bagi acara Toyota Gazoo Racing (TGR Festival). Antara artis lain turut serta dalam perlumbaan berkenaan adalah seperti Nabil Ahmad dan Wani Hasrita.

Walau bagaimanapun, Janna Nick yang merupakan diantara pelakon kesukaan ramai ini telah mencetuskan kebimbangan buat peminatnya menerusi akaun personal Instagram apabila dia ada memuat naik satu rakaman pendek.
Melihat prestasi sebelum ini, Janna Nick dinobatkan tempat pertama dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia pada bulan februari tahun lalu. Namun begitu, nasib dia tidak begitu bertuah untuk kali ini. Dia seperti telah tewas dalam persaingan itu.
Melalui video yang dikongsikan, Janna Nick kelihatan seperti kecewa dan akhirnya menangis dan menerusi kapsyen, difahamkan dia tidak berjaya memenangi perlumbaan kali ini.

Janna Nick menangis jadi perhatian peminat


“I should be on the podium today… But it’s okay… thank you Toyotamy for giving me this opportunity… it’s really challenging but Im up for the challenge! Till next race… tq Janna Nicker for being there thru my ups n down…” ujar Janna Nick menerusi posting berkenaan.

Walaupun begitu, Janna Nick turut mengucapkan terima kasih kepada peluang diberikan dan akui cabaran berkenaan mencabar. Diharap Janna Nick tidak terlalu kecewa dengan keputusan ini kerana di masa akan datang cabaran ini masih lagi boleh disertai.
Teruskan berjuang Janna Nick. Mungkin kali ini tiada rezeki tetapi lain hari belum tentu lagi. Apa-apa pun kami turut bangga dengan Janna kerana cabaran yang disertai oleh Janna itu bukannya mudah. Ramai pencabar-pencabar lain yang tidak kurang hebatnya.
Dikuasakan oleh Blogger.